August, 2019

  • 14 August

    Malaikat Pun Lari Meninggalkan Kita

    Apakah usaha yang boleh dibuat untuk menghapuskan perasaan benci membenci dan marah antara satu sama lain di tanahair Malaysia, itu persoalan yang selalu saya fikirkan apabila bangun pagi di negeri jauh ini. Jika buka sahaja media sosial, setiap hari ada kemarahan baharu, kebencian, kontroversi, tidak berkesudahan. Sampai saya tidak tahu …

  • 11 August

    Eid al-Adha Khutbah 1440H: Lessons from Prophet Ibrahim ‘alayhi al-Salam

    Brothers and sisters, members of this blessed congregations, I am reminding you and myself, to renew our gratitude for Allah, and have the quality of taqwa to Allah SWT. Kullu ‘ām wa antum bi alf khayr. Today is the Eid al-Adha, 10th of Dhulhijjah, the 10th day of the 12th …

July, 2019

  • 29 July

    Bagaimana Untuk Saya Pulang ke Rumah?

    Sesi bersama remaja, banyak suka dan duka “Saya takut nak balik, ustaz!” kata Azmin kepada saya. “Kenapa pula?” diri ini kehairanan. “Ayah saya bagi kami makan duit haram. Saya takut mati, takut dosa, takut neraka” sambungnya lagi. Suaranya terketar-ketar.   Selama hidup ini, ayah Azmin membesarkan mereka sekeluarga dengan duit judi. …

  • 25 July

    ‘Sayangkan Anak (Murid) Tangan-tangankan’ di Tahun 2019

    Perbuatan menjatuhkan air muka murid-murid bukanlah benda asing dalam pengalaman kebanyakan kita. Menyebutnya, dengan mudah mengundang reaksi bahawa yang tidak bersetuju itu lembik, mengada-mengada dan sebagainya. Sedangkan perbuatan berkenaan, apatah lagi dengan alasan mahu mendidik, adalah satu tindakan yang hanya membiakkan kejahatan, termasuklah dalam bentuk budaya menormalisasikannya. Ia menyumbang kepada …

  • 7 July

    Tiada Jalan Pintas

    DUBLIN TRACK CYCLING INTERNATIONAL 2019 Hari ini saya sangat gembira dapat berjumpa dengan Azizul dan buat pertama kali menonton secara live beliau beraksi di trek. Selama ini bersorak di skrin sahaja. Saya menghormati atlet dan amat menghargai profesionalisme mereka sebab di zaman fast track ini, menjadi juara di dalam sukan …

June, 2019

  • 14 June

    Samad Tedung: Melembutkan Hati Sekeras Batu

    Tidak kiralah bagaimana sekali pun saya cuba mengungkapkannya di dalam penulisan, kata-kata tidak akan dapat menyamai berat melaksanakan apa yang dikata. Bahawa sesungguhnya tiada kekerasan yang boleh dilembutkan dengan kekerasan. Kecuali keras sekeping hati yang boleh menjadi lebih keras daripada batu. Hati yang lebih degil daripada batu ketika batu yang …

  • 14 June

    Faedah Dua Telinga Dan Hanya Satu Mulut

    “Susah nak cakap, ustaz. Beratnya rasa hati ini” keluh bapa seorang pesakit. “Tak apa. Encik tak perlu cakap apa-apa. Saya tahu apa yang sedang Encik alami. Semua ini dugaan Allah. Kita sebagai umat Islam wajib beriman bawa semua yang berlaku itu ada hikmahnya di sisi Allah. Jadi, kita tidak sepatutnya …

  • 7 June

    Dakwah: Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu

    Teringat lebih 10 tahun yang lalu, saya menerima jemputan pelajar Fakulti Undang-undang sebuah universiti untuk menyampaikan ceramah di dalam program orientasi pelajar baharu mereka. Semasa saya sampai ke lokasi program, AJK yang menyambut memberi taklimat kepada saya. Mereka meminta saya ‘membancuh’ pelajar baharu yang tidak bertudung agar bertudung. Saya kata, …

  • 6 June

    Sabar dan Hikmah Dalam Berdakwah

    Wajah yang menyimpan seribu cerita di bumi Dagistan ARTIKEL INI DITULIS PADA 21 APRIL 2007, PETIKAN BUKU BERCINTA SAMPAI KE SYURGA “Sheikh Rayyan, apa cerita menarik awak di Dagistan?” saya bertanya. Rayyan tersenyum. Beliau baru sahaja pulang ke Jordan selepas lama menetap di sana. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah …

May, 2019

  • 27 May

    Membangunkan Vlog Cikgu Malaysia di Finland

    Semenjak berada di Finland pada Ogos 2016, saya telah gantikan rutin berceramah kepada cara-cara lain untuk belajar melalui aktiviti mengajar, kalau boleh dikatakan mengajar. Ia lebih kepada berkongsi. Antara yang saya usahakan adalah vlog atau blog dalam bentuk video. Ada banyak teknik yang digunapakai untuk membangunkan vlog. Namun, dari segi …

  • 17 May

    Should my Kids Fast in a Finnish School?

    A friend of mine highlighted a news about a primary school in Tampere Finland denying fasting from its pupils due to health concern and difficulties to focus in lessons. “MUSLIM FASTING DISTURBING SCHOOLS WHEN CHILDREN DON’T EAT: WE CANNOT FORCE FOOD TO ANYBODY” Full news at https://suomenkuvalehti.fi/jutut/kotimaa/muslimien-paastonaika-lisaa-koulujen-hairioita-kun-lapset-eivat-syo-emme-voi-syottaa-vakisin-tai-ruiskuttaa-ruokaa-kenenkaan-kehoon/?fbclid=IwAR1jwZZpuRwoi-MPEuBmjRXx30WnbysTCAz7ajbR8ZBdmmKhRVJg5nZ0xBI Something like this …

  • 17 May

    Puasa Dalam Pelbagai Agama

    “Oh, di dalam agama Kristian, jika berpuasa biasanya seseorang itu akan ‘muram’ dan bermuhasabah untuk memperbaiki diri. Bukannya bergembira” kata Chaplain universiti. Kami ketawa lucu. Semasa Muhammad membentangkan tentang puasa di dalam Islam, beliau menunjukkan foto kemeriahan berbuka puasa di Ukraine dan Mesir. Puasa di dalam Islam sering terkait dengan …

  • 15 May

    Ramadan and Schooling in Finland

    This is our third Ramadan in Finland. Each year, there’s always something new we learn from the experience. This year, most Ramadan is taking place while school is still open. 2km each way walking from home to school, it is tough. Being among the small minority at school, they have …

  • 12 May

    Layla: Travelog Pemberontakan Remaja Muslim Eropah

    “Kita boleh andaikan Layla ini generasi ketiga,” saya berhipotesis. “What do you mean by that?” tanya si anak.  Generasi pertama atuk dan nenek dia, kemudian ayah dan emaknya, kemudian dia dan adiknya Younes. Generasi pertama datang ke Eropah dengan tradisi Islam yang masih kuat, tetapi berfikiran terbuka untuk menyesuaikan diri …

  • 8 May

    Kanan 10:15 Pagi, Kiri 09:15 Pagi: Mengajar di Sempadan Finland – Sweden

    Pada 7 Mei 2019, saya menerima jemputan di bawah program Erasmus in Schools untuk mengajar subjek International Studies bagi murid Grade 8 dan 9 di sebuah sekolah di pekan Tornio. Tornio atau nama rasminya Tornion kaupunki (City of Tornio) merupakan bandar berkembar dengan Haparanda di sebelah Sweden, terletak kira-kira 140km …

  • 5 May

    Ramadan 1440H di Oulu Finland

    Ini Ramadan ketiga kami sekeluarga di sini. 11 hari lebih awal berbanding tahun sebelumnya. 11 hari lebih redup dan gelap. 11 hari yang lebih panas, tetapi sebenarnya lebih sejuk kerana salji turun dengan lebat 3 Mei lalu. 11 hari ini juga bermaksud, anak-anak akan berpuasa sepanjang Ramadan dan masih ke …

April, 2019

  • 26 April

    Drama Nur 2: Kegagalan Pendakwah Bertegas Menjarakkan Fitnah

    “Tak boleh ke berdakwah tanpa menjadi ‘glamour’ dan ‘famous’?” “Entahlah… mengajar tajwid pun boleh jadi selebriti. Ini zaman apa yang disukai akan dipuja, dan apa yang dipuja mahu dimiliki!” Topik itu hangat dan melelahkan kami. Saya sekeluarga. Saya tidaklah ‘glamour’ atau ‘famous’ beriya-iya. Tetapi di era buku Aku Terima Nikahnya, …

  • 18 April

    Drama Nur 2: Defisit Kemanusiaan Memamah Keislaman

    “Kita perlu terlebih dahulu memanusiakan anak-anak kita sebelum memuslimkan mereka!” Ramai yang marah. Sekular! Melaga-lagakan antara Islam dan kemanusiaan manusia. Macam-macam yang diajukan kepada saya ekoran kenyataan berkenaan. Hakikatnya, Allah mewahyukan al-Quran dan memberikan agama Islam kepada manusia untuk manusia mengamalkannya. Pengamal Islam mestilah manusia. Untuk membolehkan manusia mengamalkan Islam …

  • 17 April

    Drama Nur 2: Cinta Remaja Di Mata Orang Dewasa

    Cinta monyet atau ‘puppy love’ di kalangan remaja, boleh jadi memualkan bagi yang memandangnya dari sudut yang memualkan. Tetapi ia adalah realiti kehidupan remaja, yang kita sama ada sebagai pendidik, mahu pun sebagai ibu bapa, perlu berempati dalam mengendalikannya. Anak kita di setiap umur ada cabarannya. Dan cabaran di usia …

  • 12 April

    Drama Nur2: Manipulasi Prinsip ‘Presumption of Innocent’

    “Selagi mahkamah belum membuktikan saya bersalah, saya tidak bersalah!” Ia kenyataan yang diulang berulang-ulang kali oleh Syed Hamadi. Kepada isterinya, Aisyah. Kepada bapa mertuanya, Datuk Ayah Haji. Hakikatnya, kepada kita semua yang menontonnya. Slogan presumption of innocent ini adalah kenyataan yang asasnya adalah betul. Tetapi Syed Hamadi memanipulasinya sebagaimana slogan Inil …

  • 10 April

    Melangkah ke Sekolah Finnish Sebagai Guru dan Peninjau Sistem

    Jika kita singgah di sebuah sekolah Finnish, kita tidak akan merentas sebuah pagar yang berkunci. Sekolah lazimnya tiada berpagar, terbuka, tiada ‘pak guard’ dan ada banyak pintu masuk. Ia lazimnya berada di sebuah kejiranan. Kelengkapannya serba lengkap dengan keperluan asas, mempunyai beberapa ratus orang murid dan saiz setiap kelas biasanya …

  • 7 April

    Aku, Baca, Buku, dan Kehidupanku

    “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (Surah Al-‘Alaq 96 : 1) Wahyu yang pertama diturunkan ialah perintah membaca. Dia perintahkan kita membaca, dan bacalah dengan nama Dia.  Kita baca untuk mendapatkan ilmu. Kita membaca kerana mahu mencari kebenaran, dan untuk menjadikan kebenaran itu dicari, kita perlu menjadi manusia yang bertanya …

  • 1 April

    Artikel 2007: Cinta Tanpa Syarat

    Emak di sisi pusara Abah Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24) “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa …

March, 2019

  • 20 March

    Rotan dan Tampar: Disiplin Murid Menurut Pandangan Klasik Ilmuan Islam

    “Allah, itu pun nak terasa. Lembik!” “Manja sangat!” “Aku kalau tak kerana kena pelempang cikgu, mak bapak aku, rasanya aku tak jadi orang macam hari ni!” “Semua ini tarbiah. Ulama dulu lagi susah hidup mereka!” Guru bertindak mengasari murid secara fizikal bukanlah sesuatu yang asing di dalam masyarakat kita. Selain …